ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN
Andaiku diberi pilihan untuk memilih diantara kedua-duanya..
akan ku pilih kedua-duanya
kerana bagiku, ia sama bererti dan berharga dalam hidupku…
Cinta……
1 ungkapan yang belum pasti kan keindahannya…
kerana di sebalik keindahan cinta itu…
tersirat seribu kepahitan
pastinya merentao kedamaian jiwa
seorang pencinta setia tatkala ikatan diundang kekecewaan
namun, ia tetap betah menjemput jiwa
yang punya hati dan perasaan
hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
tak terungkai dengan bicara di bibir
tak tergambar dengan lakonan
begitu syahdunya kurniaan ilahi
lahirnya dari hati setiap insan
berakal, beremosi,penyayang dan berperasaan
Persahabatan……
1 ikatan yang lahir dari hati
keinginan yang ikhlas
bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
sesungguhnya…
sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
tentang impian dan pengertian hidup ini
Persahabatan yang murni dan suci
adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
diwarnai dengan keikhlasan
dicurahi dengan kasih sejati
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan
kita bina tugu persahabatan
dipagari tali kedewasaan
yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
tak tumbang dek rintangan
hanya 1 pintaku
agar kita saling mengingati antara satu sama lain…

0 comments:
Post a Comment